Udara Bangkok penuh logam berat toksik

Kabut tebal menyelubungi ibu negara Thailand sejak beberapa minggu lalu.
Kabut tebal menyelubungi ibu negara Thailand sejak beberapa minggu lalu.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Udara di Bangkok penuh dengan logam berat toksik yang menyumbang kepada ancaman berbahaya terhadap kesihatan awam.

Penemuan itu dibuat kumpulan penyelidik Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pengurusan Pencegahan Bencana NIDA.

Pengarahknya, Dr Siwatt Pongpiachan berkata, kajiannya mendapati udara di ibu negara Thailand mengandungi tahap berbahaya kadmium, tungsten, arsenik dan Polisiklik Aromatik Hidrokarbon (PAH).

Dua kajian akademik yang dibuat beliau terhadap pencemaran udara di Bangkok dalam zarah debu PM2.5 sangat halus menemui kira-kira 51 jenis logam yang mana tiga daripadanya, kadmium, tungsten dan arsenik berada pada paras tidak selamat seperti ditetapkan standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Ketika ini, Thailand hanya menetapkan standard pembebasan selamat untuk plumbum. Kita perlukan langkah sama bagi jenis logam berat lain memandangkan ia memberi ancaman serius terhadap kesihatan manusia untuk tempoh jangka pendek dan panjang," ujarnya.

Jelasnya lagi, penyelidikan itu menunjukkan pelepasan asap dari kenderaan, kilang dan krematorium adalah sumber utama pencemaran udara di Bangkok. - The Nation/ Asia News Network

Artikel Berkaitan: