Warganet 'serang' pelancong Israel kerana biadab

Mereka memberi alasan perbuatan itu sekadar gurauan dan kononnya dilakukan dengan persetujuan mangsa. - Foto Agensi
Mereka memberi alasan perbuatan itu sekadar gurauan dan kononnya dilakukan dengan persetujuan mangsa. - Foto Agensi
A
A
A

COLOMBO – Sekumpulan pelancong Israel mengundang kecaman selepas rakaman video memaparkan tindakan biadab salah seorang daripada mereka menolak pengendali bot dengan sengaja sehingga terjatuh ke dalam laut tular di media sosial.

Klip itu jelas menunjukkan lelaki warga Sri Lanka dipercayai bekerja sebagai pemandu pelancong itu berada di atas bot sebelum ditolak secara tiba-tiba ketika dia sedang meminum air botol.

Perbuatan tersebut mengundang kemarahan pengguna media sosial, lebih-lebih lagi apabila beberapa individu dalam kumpulan berkenaan dilihat ketawa sambil merakamkan insiden itu.

Kontroversi berkenaan semakin hangat selepas mereka memberi alasan perbuatan itu sekadar gurauan dan kononnya dilakukan dengan persetujuan mangsa. Mereka juga mendakwa pengendali bot itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penjelasan itu gagal meredakan kemarahan warganet yang mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut, khususnya apabila membabitkan keselamatan seorang pekerja tempatan. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!