X

Kindly register in order to view this article
!

Penduduk Napoh saman pemilik Nasi Kandar Salleh RM1 juta

Penduduk Napoh saman pemilik restoran Nasi Kandar Salleh RM1 juta. Gambar kecil:Mohamad Yusrizal
A
A

ALOR SETAR - Penduduk dan pemilik kedai di Napoh, Jitra akan memfailkan saman berjumlah RM1 juta terhadap pemilik restoran Nasi Kandar Salleh bagi menuntut kerugian yang dialami mereka selepas tercetusnya kluster PUI Sivagangga di kawasan terbabit.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake) Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, sehingga semalam, pihaknya mengumpul 100 penduduk dan peniaga termasuk enam badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memfailkan saman kepada pemilik restoran terbabit.

Katanya, tuntutan saman itu akan dibuat pada minggu hadapan berdasarkan nasihat peguam bagi memberi pengajaran supaya mereka yang dikuarantin tidak sewenang-wenangnya melanggar arahan sehingga mengakibatkan penyebaran virus Covid-19.

"Pihak guaman Zunun and Co turut bersetuju menawarkan perkhidmatan secara percuma bagi membantu penduduk dalam kes ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sehingga kini penularan kluster PUI Sivagangga menyebabkan penduduk dan peniaga mengalami kerugian sekitar RM14,000 seorang.

"Kami kini dalam proses mengumpul maklumat peribadi penduduk. Tindakan ini perlu diambil kerana penduduk mengalami tekanan bukan saja kerugian tetapi ada yang terasa dipulaukan," katanya.

Semalam, pemilik kedai berkenaan, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, dipenjara lima bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik restoran cetus Kluster Sivagangga dipenjara lima bulan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!