X

Kindly register in order to view this article
!

Argentina, Mexico akan hasilkan vaksin Covid-19

Argentina dan Mexico akan menghasilkan vaksin Covid-19 untuk sebahagian besar Amerika Latin yang akan dibangunkan oleh gergasi farmaseutikal AstraZeneca dengan Universiti Oxford - Foto Agensi
A
A

BOGOTA - Argentina dan Mexico akan menghasilkan vaksin Covid-19 untuk sebahagian besar Amerika Latin yang akan dibangunkan oleh gergasi farmaseutikal AstraZeneca dengan Universiti Oxford, umum Presiden Argentina, Alberto Fernandez pada Rabu.

"Pengeluaran Amerika Latin akan dikendalikan di Argentina dan Mexico, dan ia membolehkan akses yang tepat pada masanya dan berkesan untuk semua negara di rantau ini," lapor agensi Anadolu memetik Fernandez, "Kami berharap dapat memulakan proses pengeluarannya secepat mungkin."

Pada awalnya mereka akan menghasilkan 150 hingga 250 juta dos vaksin untuk dibekalkan ke seluruh Amerika Latin kecuali Brazil, yang telah membuat perjanjian berasingan pada Jun bagi menghasilkan vaksin tersebut untuk negara mereka.

Menteri Luar Mexico, Marcelo Ebrard menulis di Twitter bahawa kerjasama itu telah dibuat oleh Fernandez dan Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador dan mengucapkan terima kasih kepada Carlos Slim Foundation yang membiayai pengeluaran itu.

Sementara itu, kes dan kematian Covid-19 terus meningkat di negara-negara Latin Amerika yang paling teruk terjejas terutama di Brazil, Mexico dan Peru, dan kini Colombia dan Argentina adalah antara negara yang paling teruk terjejas.

Negara Amerika Selatan masih berada di kedudukan kedua negara di dunia yang paling teruk dilanda Covid-19. Jumlah kes yang disahkan kini berjumlah 3,164,785, termasuk 104,201 kematian, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Di Mexico, jumlah kes Covid-19 meningkat kepada 498,380 dan jumlah terkorban mencecah 54,666. -Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!