193 pelajar terlibat salah guna ketum

Dr Salmee (kanan) beramah mesra dengan pengetua dan guru besar yang hadir dalam perjumpaan, semalam.
Dr Salmee (kanan) beramah mesra dengan pengetua dan guru besar yang hadir dalam perjumpaan, semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 193 pelajar di negeri ini terlibat dalam penyalahgunaan air ketum sepanjang tahun lalu.

Exco Pendidikan, Dr Salmee Said berkata, statistik yang direkodkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah itu nyata menunjukkan situasi yang membimbangkan kerana air ketum turut memberi kesan berbahaya menyamai beberapa jenis dadah.

Susulan itu, katanya, beliau menyokong penuh perancangan kerajaan negeri untuk menghapuskan ladang ketum.

"Kita fokus kepada ladang terlebih dahulu, walaupun kita tahu, pokok ketum ni bukan sahaja ada di ladang, di rumah pun ada yang tanam.

"Situasi ini menyebabkan pelajar kita yang tinggal di luar bandar turut terdedah dengan penyalahgunaannya," katanya, ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Pengetua dan Guru Besar di Dewan Mentaloon di sini, semalam.

Dr Salmee berkata, beliau turut menyarankan sekolah bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memberi penerangan masalah ketum dan dadah kepada pelajar.

"Sebab ia mudah dapat, sehinggakan saya dapat laporan ada pelajar yang berani bawa air ketum ke sekolah.

"Jadi diharap kita dapat jauhkan pelajar daripada gejala tak sihat ini," katanya.

Artikel Berkaitan: