Hutan berdekatan Botanical Gardens terbakar

Kebakaran hutan seluas kira-kira lima hektar dilaporkan berlaku di kawasan Botanical Gardens, Jalan Kebun Bunga pada petang Rabu.
Kebakaran hutan seluas kira-kira lima hektar dilaporkan berlaku di kawasan Botanical Gardens, Jalan Kebun Bunga pada petang Rabu.
A
A
A

GEORGE TOWN – Kebakaran hutan seluas kira-kira lima hektar dilaporkan berlaku di kawasan Botanical Gardens, Jalan Kebun Bunga, di sini pada petang Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.24 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi pada jam 6.40 petang.

Menurutnya, kebakaran melibatkan kawasan hutan berhampiran Kompleks Pentadbiran dan Bangunan Pavilion Botanical Gardens, namun setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati benar berlaku kebakaran hutan dengan anggaran keluasan kira-kira lima hektar.

"Komander Operasi dan pasukannya telah menjalankan ‘size up’ di lokasi dan kerja-kerja pemadaman sedang dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, operasi pemadaman melibatkan kekuatan seorang pegawai dan 19 anggota termasuk penyelia daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong.

"Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) New Ferry, Paya Terubong dan Bukit Bendera selain sokongan agensi luar iaitu polis dan Rela.

"Operasi masih diteruskan sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kebakaran hutan berdekatan Botanical Gardens, Jalan Kebun Bunga, George Town berlaku pada petang Rabu
  • Luas kebakaran kira-kira lima hektar
  • Tiada mangsa dilaporkan terlibat
  • Operasi pemadaman melibatkan seorang pegawai dan 19 anggota BBP
  • Pasukan Bomba Sukarela dan agensi luar seperti polis dan Rela membantu operasi pemadaman

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!