Peguam minta Terengganu siasat projek Taman Ilmu

Abu Backer (kiri) menyerahkan surat makluman kepada pegawai istana di pintu masuk Istana Syarqiyyah, Chendering kira-kira jam 11 pagi tadi.
Abu Backer (kiri) menyerahkan surat makluman kepada pegawai istana di pintu masuk Istana Syarqiyyah, Chendering kira-kira jam 11 pagi tadi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang peguam meminta Kerajaan Negeri Terengganu menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dan penyelewengan dalam tuntutan pampasan projek mega Taman Ilmu di Tembila, Besut.

Peguam terbabit, Datuk Abu Backer Sidek menyerahkan surat makluman dakwaan itu kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abd Rashid yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di pagar utama Wisma Darul Iman di sini pada jam 11.45 pagi tadi.

Abu Backer turut menyerahkan surat makluman sama kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang diterima oleh pegawai istana di pintu masuk Istana Syarqiyyah, Chendering pada jam 11 pagi tadi.

Abu Backer berkata, penyerahan surat makluman kepada Sultan Terengganu dan kerajaan negeri merupakan jalan terakhir yang diambil bagi mengelak penipuan wang rakyat terus berlaku selepas laporan kepada pihak berkuasa yang dibuat olehnya tidak membuahkan hasil.

Beliau juga berharap kerajaan negeri Terengganu tidak lagi menjadi mangsa penipuan yang mana pampasan lanjutan sebanyak RM200 juta didakwa sedang dibuat.

“Sekiranya diperlukan, saya bersedia bantu kerajaan negeri dalam perkara ini,” katanya berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang guaman.

Artikel Berkaitan: