Najib didapati bersalah salah satu pertuduhan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas salah satu pertuduhan salah guna kuasa, melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.
Sebelum ini, Najib, 67, didakwa atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Setakat ini Mohd Nazlan masih membaca enam lagi pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Kompleks Mahkamah, Kuala Lumpur, Jalan Duta. - FOTO ROSLI TALIB pic.twitter.com/BTIrJd6xMf
— SinarOnline (@SinarOnline) July 28, 2020
Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
ADUN Seremban Jaya terima diploma pada usia 64 tahun
RM25 juta Geran Sepadan Sektor Kebudayaan tahun ini
JDT lolos ke separuh akhir Piala FA
'Malaysia tersilap beri subsidi'
[VIDEO] Saya dibuang, Afiq dipilih - Annuar Musa
Mangsa scam dirogol, dipukul dengan besi panas
Pas gesa PM mohon maaf secara terbuka