Panggilan Talian Pusat Sehenti Keusahawanan melonjak

Wan Junaidi
Wan Junaidi
A
A
A

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memberitahu jumlah panggilan Talian Pusat Sehenti Keusahawanan diterima melonjak sehingga 259,856 bermula dari 15 April hingga 20 Julai lepas.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, lonjakan tersebut adalah respons daripada usahawan melalui 90 talian yang disediakan oleh agensi di bawah MEDAC seperti Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SME Corporation Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, SME Bank dan TEKUN Nasional.

“Sejak bermulanya koronavirus (Covid-19) sehingga 20 Julai lepas keseluruhan jumlah panggilan yang diterima adalah sebanyak 382,255.

“Daripada jumlah tersebut, bank Rakyat menerima 348,955 panggilan, SME Corp (9,061), MEDAC (8,023) TEKUN (7,994), SKM (4,128), SME Bank (4,069) dan IKM (28),” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Justeru, beliau berkata, kementerian komited memberi khidmat nasihat keusahawan dan bertindak sebagai medium saluran maklumat dan sokongan kepada usahawan.

Talian Pusat Sehenti Keusahawanan yang diwujudkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan membantu usahawan yang terjejas akibat Covid-19.

Artikel Berkaitan: