X

Kindly register in order to view this article
!

2,897 individu belum disaring kali kedua bakal ditangkap

Kesemua individu terbabit sebelum ini diarahkan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat bagi melakukan ujian saringan kedua. - Foto fail
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 2,897 individu belum menjalani ujian saringan kedua pada hari ke-13 sesi kuarantin di rumah bakal dikenakan tindakan tangkapan dan didakwa di mahkamah mulai 27 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua individu terbabit sebelum ini diarahkan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat bagi melakukan ujian saringan kedua.

"Mulai Isnin depan (27 Julai 2020), Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan menangkap dan mendakwa mereka yang masih belum tampil untuk ujian saringan kedua pada hari ke-13 'home quarantine'," katanya pada sidang akhbar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: SOP PKPP diketatkan semula: Ismail Sabri

Ismail Sabri turut memberitahu, bermula semalam, kerajaan memutuskan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warga asing yang memasuki Malaysia seperti perlu menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan.

"Keputusan membuka semula stesen kuarantin setelah mengambil kira peningkatan kes import dan ketidakpatuhan prosedur standard operasi (SOP) yang menyebabkan peningkatan risiko penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

"Bagaimanapun, seramai 9,600 individu masih menjalani proses kuarantin wajib di rumah," ujarnya.

Ismail Sabri berkata, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama anggota PDRM akan membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan semua yang terlibat mematuhi SOP yang ditetapkan.

Menurutnya, seramai 319 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di empat stesen kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

"Mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin termasuk kos ujian saringan Covid-19," katanya

Katanya, kesemua individu berkenaan pulang dari 12 negara iaitu Indonesia, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), China dan Australia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!