Sarawak mungkin dikenakan PKPD

KKM tidak menolak kemungkinan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lokaliti di Sarawak.
KKM tidak menolak kemungkinan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lokaliti di Sarawak.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan terdapat lapan kluster aktif di negeri itu.

"Sekiranya pelaksanaan PKPD dikuatkuasakan, ia akan dibuat di lokaliti atau kumpulan sasar yang telah dikenalpasti.

"Setakat ini KKM masih dapat mengawal lagi penularan wabak itu di Sarawak," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini kes Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya telah menghantar sepasukan pegawai untuk memantau tindakan di lokaliti terlibat.

"Kita memantapkan dan meningkatkan pengesanan kontak bagi mengesan kes-kes positif," katanya.

Beliau berkata, individu yang dikesan mempunyai kontak dengan kluster berkenaan akan dibuat ujian saringan.

"Mereka yang disahkan positif akan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan data KKM setakat ini, lapan kluster tersebut adalah Kluster Sentosa (8), Stutong (7), Kejuruteraan Kuching (3), Jupiter (3), Mambong (5), Pusat Perubatan Kuching (3), Jeti Kuching (3) dan PUI Melbourne (2) kes.

Seramai 1,476 individu telah disaring dalam lapan kluster tersebut.