'Mendiang minat polis sejak kecil'

Ahli keluarga mendiang ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB hari ini.
Ahli keluarga mendiang ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB hari ini.
A
A
A

IPOH - Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang meninggal dunia dipercayai menembak diri sendiri semalam memang meminati tugas polis sejak kecil.

Sepupu, Almahazin, 52, berkata, mendiang menyertai PGA Senoi Praaq sekitar tahun 2000 atas minatnya yang mendalam terhadap pasukan keselamatan itu dan sering berkongsi aktiviti kerjanya di Facebook.

"Kami sudah lama tak jumpa, tapi selalu berhubungan di Facebook sebab dia suka 'update' kat mana dia kerja, makan apa dan sebagainya.

"Saya dimaklumkan kejadian ini kira-kira jam 1 pagi tadi (semalam), saya tak rasa sebab tekanan kerja kerana dia memang dah lama minat jadi polis, masalah kewangan juga tidak mungkin kerana selama ini dia tidak pernah mengadu pasal duit," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 9.25 malam itu, Uda Angah, 37, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung.

Almahazin masih lagi terkejut dengan kematian sepupunya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB semalam
Almahazin masih lagi terkejut dengan kematian sepupunya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB semalam

Mangsa berpangkat koperal dilaporkan menembak diri sendiri di bahagian kepala dengan menggunakan senjata api jenis M4.

Ketika kejadian, mangsa yang bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pengkalan Hulu dalam penugasan Op Benteng Covid-19 Manjung.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Polis maut dipercayai tembak diri sendiri

Almahazin berkata, mendiang dikenali sebagai seorang anak dan suami yang bertanggungjawab, kali terakhir mendiang bertemu keluarganya minggu lalu.

"Kami masih lagi terkejut dengan kejadian ini dan tak tahu apa yang menyebabkan dia berbuat demikian, kita serah kepada pihak berkuasa jalankan siasatan," katanya.

Mendiang meninggalkan isteri berusia 33 tahun dan dua anak perempuan masing-masing berusia 11 dan 9 tahun.

Mendiang akan dibawa ke kampung halaman di Kampung Ayer Denak, Tronoh.