Premis jual barangan tiruan diserbu KPDNHEP

Premis menjual barangan tiruan di Johor Bahru yang diserbu penguat kuasa KPDNHEP Johor pada Selasa lalu.
Premis menjual barangan tiruan di Johor Bahru yang diserbu penguat kuasa KPDNHEP Johor pada Selasa lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kegiatan empat premis menjual pelbagai barangan tiruan secara terbuka di daerah ini berakhir selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor.

Dalam serbuan bermula jam 5 petang pada Selasa lalu, sejumlah 627 barangan tiruan membabitkan pakaian, beg, jam, kasut dan aksesori berjenama terkenal bernilai RM38,795 dirampas.

Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd Khairul Anuar Bohro berkata, serbuan itu hasil risikan dan aduan daripada wakil cap dagang mengenai kegiatan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaut keuntungan tanpa mengikut prosedur dibenarkan.

"Operasi yang terdiri daripada empat pasukan melibatkan 10 pegawai penguat kuasa menyerbu empat premis perniagaan secara serentak disyaki menjual pelbagai barang tiruan.

"Risikan dilakukan selama seminggu sebelum melakukan serbuan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jam tangan tiruan dijual secara terbukan di premis di Johor Bahru.
Jam tangan tiruan dijual secara terbukan di premis di Johor Bahru.

Mohd Khairul berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman sehingga RM10,000 bagi setiap individu yang menjual setiap barang cap dagangan palsu.

Bagi syarikat pula, katanya, boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang cap dagangan palsu yang dijual.

Artikel Berkaitan:

"KPDNHEP Johor ingin menasihatkan peniaga-peniaga khususnya di Johor agar mematuhi segala undang-undang perniagaan yang ditetapkan pihak kementerian dan tidak menjual barangan tiruan di negeri ini," katanya.