Sarawak mahu Gua Niah disenarai sebagai tapak warisan Unesco

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen di antara timbalannya, Tan Sri Dr James Jemut Masing (kiri) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Berhad (SEB), Sharbini Suhaili (kanan) pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU ) untuk Bakun Resettlement Scheme Education Fund, hari ini. - Foto Bernama
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen di antara timbalannya, Tan Sri Dr James Jemut Masing (kiri) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Berhad (SEB), Sharbini Suhaili (kanan) pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU ) untuk Bakun Resettlement Scheme Education Fund, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Kerajaan Sarawak mengemukakan permohonan supaya Gua Niah disenaraikan sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai pemangkin kepada pertumbuhan industri ekopelancongan di negeri ini.

Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dalam lawatannya ke Gua Niah di Bahagian Miri baru-baru ini, beliau diberi taklimat tentang penemuan arkeologi penempatan manusia di sebuah tapak kira-kira 65,000 tahun dahulu berdasarkan penyelidikan bersama yang dikendalikan Jabatan Muzium Sarawak dan University of New South Wales, Australia.

“Ini merupakan kejayaan bersejarah dalam bidang penyelidikan di Sarawak kerana berdasarkan rekod, penempatan manusia di dunia adalah kira-kira 14,000 tahun lepas.

“Sebuah tapak warisan dunia UNESCO bagi Gua Niah akan memberi kita tambahan hasil daripada pelancongan... inilah caranya bagaimana kita boleh menguruskan hutan dan taman negara kita,” katanya ketika merasmikan Konsultasi Pemegang Kepentingan berhubung Cadangan Dasar Perhutanan, di sini hari ini.

Abang Johari, yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, berkata dalam mempelbagaikan asas hasil, kerajaan negeri turut meneroka sumber hutan bukan balak seperti ekopelancongan, perdagangan karbon, bayaran bagi perkhidmatan ekosistem dan perhutanan berasaskan komuniti sebagai sumber hasil alternatif.

Nilai budaya, rekreasi, spritual dan estetika hutan juga signifikan bagi populasi bandar serta luar bandar, dengan kira-kira 50 peratus daripada populasi Sarawak masih banyak bergantung kepada hutan dan sumber hutan sebagai mata pencarian serta pekerjaan, katanya.

Mengenai kekayaan biodiversiti hutan Sarawak, beliau berkata ia mempunyai potensi untuk menjadi asas bagi pembangunan industri bioteknologi yang dapat menghasilkan produk merangkumi makanan tambahan dan rempah-ratus hinggalah kepada kosmetik, minyak wangi serta tumbuhan hiasan. - Bernama

Artikel Berkaitan: