Lelaki ugut ibu ditahan

Seorang anak mengugut ibunya menggunakan pisau dalam kejadian di Taman Kenari, di sini semalam (Gambar hiasan). Gambar kecil:Azhar Hashim
Seorang anak mengugut ibunya menggunakan pisau dalam kejadian di Taman Kenari, di sini semalam (Gambar hiasan). Gambar kecil:Azhar Hashim
A
A
A

KULIM - Gara-gara tidak diberikan duit untuk membeli dadah, seorang anak lelaki mengugut ibunya menggunakan pisau dalam kejadian di Taman Kenari, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, suspek dipercayai berada bawah pengaruh dadah ketika mengamuk setelah tidak diberikan duit untuk membeli dadah, kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan selepas ibunya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga lain.

"Suspek dikatakan cuba menikam ibunya yang berusia 50 tahun dengan pisau pemotong sayur," katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan pada jam 9 malam tadi oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim," katanya.

Polis turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan suspek dalam kes terbabit.

"Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu. Semakan lampau mendapati suspek mempunyai rekod berkaitan dadah.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan: