Gara-gara ular, nama Aaron Aziz kembali 'panas'

Aaron Aziz
Aaron Aziz
A
A
A

NAMA pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz kembali 'panas' susulan tindakannya meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar kucing melalui satu siaran langsung di Instagram miliknya.

Siaran langsung itu memaparkan selebriti kelahiran Singapura berkenaan 'bermain' dengan ular tersebut dipercayai ketika menjalani sebuah penggambaran drama.

Aaron kemudiannya dilihat meletakkan reptilia berkenaan di atas sangkar yang mempunyai beberapa ekor kucing di dalamnya.

Susulan video tular itu, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) tampil menegur perbuatan pelakon tersohor tersebut yang disifatkan tidak sensitif terhadap haiwan.

Menurut MAA, perbuatan tidak bertanggungjawab itu akan mengakibatkan kucing mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam melihat dan bau musuh berdekatan.

Ini kerana katanya, aksi meletakkan ular sawa berdekatan kucing, walaupun dalam keadaan bersangkar boleh menyebabkan haiwan itu ketakutan memandangkan ular dan kucing adalah dua entiti pemangsa dan mangsa.

MAA turut menegaskan, Malaysia mempunyai Akta Kebajikan Haiwan 2015 seliaan @lembagakebajikanhaiwan @dvsmalaysia_official yang melindungi haiwan domestik seperti kucing daripada didedahkan dengan bahaya seperti terkandung dalam lima Elemen Kebajikan Haiwan iaitu mengelak daripada haiwan peliharaan daripada bahaya dan ketakutan melampau.

Tinjauan di laman Instagram milik pelakon itu bagaimanapun mendapati siaran langsung video berkenaan telah dipadam.

Meskipun perbuatan yang dilakukan Aaron jelas tidak sensitif, namun tidak wajar untuk mengecamnya secara keterlaluan.

Teguran yang dibuat MAA itu iuga perlu diambil dalam sudut positif bukan sahaja kepada Aaron tetapi pihak yang lain supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

Tidak dinafikan, masih ramai yang tidak sensitif atau mungkin tidak tahu kewujudan undang-undang khusus bagi melindungi keselamatan haiwan di negara ini.

Pengajarannya melalui isu ini, hendaklah semua peka dengan sebarang tindakan apabila berkongsi di media sosial masing-masing.

Gunalah media sosial secara bijak serta boleh memberi manfaat kepada orang lain, bukannya jadi sasaran kecaman berjemaah!