Warga asing ditemui mati dibunuh

Lokasi mayat lelaki warga asing dengan kesan tikaman ditemui.
Lokasi mayat lelaki warga asing dengan kesan tikaman ditemui.
A
A
A

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki warga asing dengan kesan tikaman pada bahagian leher dan belakang kepala ditemui berhampiran premis mencuci kereta di sebuah stesen minyak di Sendayan di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superitendan Mohd Rosli Ishak berkata, mayat lelaki berusia 22 tahun itu ditemui pada jam 4.05 pagi selepas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) terima maklumat daripada orang awam.

"Hasil pemeriksaan dilakukan mangsa adalah lelaki warga asing berusia 22 tahun dan dipercayai telah dibunuh di kawasan berdekatan.

"Turut ditemui di tempat kejadian iaitu sebilah pisau dan sebatang besi disyaki senjata yang digunakan oleh suspek untuk mencederakan mangsa," katanya.

Menurutnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk bedah siasat.

"Individu yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superitendan Razly di talian 012-2512574 atau hadir ke balai polis yang berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: