Prestasi hambar, Valencia pecat Celades

Celades dipecat Valencia selepas prestasi hambar kelab itu dalam saingan La Liga.
Celades dipecat Valencia selepas prestasi hambar kelab itu dalam saingan La Liga.
A
A
A

PENGENDALI Valencia, Albert Celades dipecat mengendalikan Los Murcelagos apabila kelab itu sekadar mencatat satu kemenangan dalam lima perlawanan selepas saingan La Liga bersambung sejak ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Jurucakap Valencia berkata, pihak kelab telah menghubungi Albert Celades yang menggantikan Marcelino pada September lalu bagi memaklumkan mengenai pemecatannya sebagai ketua jurulatih skuad utama berkuat kuasa serta-merta.

"Kelab berterima kasih di atas segala usaha dan dedikasi Celades sepanjang berada di Stadium Mestalla yang mana membolehkan kelab ini mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

"Kelab ini juga menghargai setiap sumbangan Celades sejak mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih skuad utama pada waktu yang sukar, dan mendoakan kejayaan bagi masa depannya," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Penolong jurulatih Voro kini mengambil alih tugas sementara mengendalikan kelab tangga ke lapan liga itu yang dibezakan lapan mata daripada slot ke Liga Juara-Juara musim depan sehingga penghujung musim.

Artikel Berkaitan: