‘Dia sempat peluk dan cium saya'

Mangsa, Mohd Danish Irfan (depan, kiri) hilang ketika mandi di Sungai Perak di Karai hari ini. Mohd Baharudin dipapah oleh saudaranya ketika ditemui pada operasi yang dijalankan di Jambatan Victoria di sini.
Mangsa, Mohd Danish Irfan (depan, kiri) hilang ketika mandi di Sungai Perak di Karai hari ini. Mohd Baharudin dipapah oleh saudaranya ketika ditemui pada operasi yang dijalankan di Jambatan Victoria di sini.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - “Dia minta tidur bersama saya malam semalam dan pelukan dia sangat erat dengan cium berkali-kali seolah-olah tahu dia akan pergi,” demikian kata Mohd Baharudin Mohd Nor, 38, bapa kepada kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Sungai Perak di Kampung Loh di sini hari ini.

Mangsa, Mohd Danish Irfan Mohd Baharudin berusia enam tahun dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika mandi di sungai berkenaan.

Menurut Mohd Baharudin, dia ada berpesan kepada adik ipar yang menjaga anaknya untuk tidak mandi di sungai yang terletak dekat dengan rumah mereka.

“Saya sudah melarang mereka mandi sebelum saya keluar kerja pagi tadi. Saya lihat mereka sudah dua hari turun mandi sungai.

“Saya sendiri bimbang keselamatan mereka. Keadaan arus sungai ini tidak menentu kerana semalam, keadaan airnya cetek dan air tenang.

“Namun, apabila saya mendapat panggilan telefon, saya bergegas pulang dan dalam hati mengharapkan itu bukan melibatkan anak saya,” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Bomba di Jambatan Victoria di sini.

Suasana di lokasi kejadian bertambah pilu apabila ahli keluarga tidak dapat menahan emosi.

Mohd Baharudin turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat anaknya itu dengan menaiki bot milik nelayan darat lain.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dia mengharapkan jasad anaknya itu dapat ditemui segera.

“Sungai ini luas, saya berdoa agar dia segera ditemui dalam keadaan sempurna.

“Dia anak bongsunya itu disifatkan penyeri keluarga dengan kepetahan berkata-kata selain ceria berbanding kembarnya yang pendiam,” katanya.

Semalam, kegirangan tiga beradik mandi-manda sempat dirakam menerusi satu video untuk kenangan.

ARTIKEL BERKAITAN Kanak-kanak lelaki dihanyut arus deras ketika mandi sungai