Rumah jadi pusat barang lusuh

Pemilik rumah yang dikenakan notis kesalahan dan diarah MPKL membersihkan kediaman selepas didapati menjalankan aktiviti perniagaan barangan lusuh.
Pemilik rumah yang dikenakan notis kesalahan dan diarah MPKL membersihkan kediaman selepas didapati menjalankan aktiviti perniagaan barangan lusuh.
A
A
A

KUALA LANGAT – Tindakan seorang pemilik sebuah rumah teres di Jenjarom, di sini menjalankan aktiviti perniagaan barangan lusuh di kawasan rumahnya menerima padah apabila kediaman itu diserbu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) semalam.

Yang Dipertua MPKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, hasil pemeriksaan dijalankan, pihaknya mendapati terdapat pelbagai barangan lusuh termasuk tayar, tong, peti ais, besi buruk dan lain-lain barangan diletakkan di kawasan kediaman terbabit.

Menurutnya, MPKL mengeluarkan notis kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian MDKL 2007 kepada pemilik rumah berkenaan.

"Pemilik rumah didapati menjalankan perniagaan barangan lusuh di kediamannya tanpa kebenaran pihak majlis.

"Sehubungan itu, pemilik rumah tersebut turut diarahkan membersihkan kawasan rumahnya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau dalam pada itu memberi amaran kepada pemilik rumah di kawasan MPKL supaya tidak menjadikan kediaman sebagai pusat perniagaan barangan lusuh.

Katanya, pihak MPKL tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya aktiviti tersebut berjaya dikesan.

"Kawasan tersebut ketika ini adalah lokasi wabak denggi.

Artikel Berkaitan:

"Pihak MPKL menyarankan penduduk bersama-sama menjaga kebersihan supaya wabak denggi tidak menular ke kawasan lain," katanya.