Kerana cinta, simpanan RM1.15 juta lesap

Superintenden Aibee Abd Ghani
Superintenden Aibee Abd Ghani
A
A
A

SEREMBAN - Disebabkan cinta, seorang janda sanggup meminjamkan wang simpanan keluarganya bernilai RM1.15 juta kepada seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi 'Tagged'.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd Ghani berkata, wanita berusia 57 tahun itu bagaimanapun hanya menyedari ditipu selepas membuat sebanyak 65 transaksi sejak 23 Oktober tahun lalu sehingga 31 Mei lalu atas nombor akaun tidak dikenali.

"Mangsa yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan itu telah berkenalan dengan suspek lelaki berusia 57 tahun melalui aplikasi 'Tagged' pada 9 September tahun lalu.

"Dalam perhubungan mereka, suspek telah meminta bantuan kewangan dari mangsa atas alasan dia berada di luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kali pertama mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM3,300 ke akaun bank atas nama Nur Juliana Juan Abdullah pada 23 Oktober tahun lalu.

Katanya, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam beberapa akaun atas nama Nur Juliana Juan Abdullah mencecah sehingga RM1,037,050 juta.

"Mangsa turut diminta memasukkan wang ke akaun lain yang didakwa akaun rakannya iaitu atas nama Lenah Anak Juan berjumlah RM10,000 dan Muhamad Asrul Mohamad Faizal berjumlah RM5,000.

"Sebanyak 65 kali transaksi yang keseluruhan berjumlah RM1,156,050 dibuat oleh mangsa dengan menggunakan pindahan wang secara dalam talian, mesin pengeluaran automatik (ATM) dan kaunter bank," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis Jumaat lalu.

.