Bunuh diri selepas tidak dapat ikuti kelas 'online'

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

DISPUR - Seorang pelajar berusia 16 tahun yang kecewa kerana tidak mempunyai telefon pintar bagi menghadiri kelas dalam talian, ditemui mati berhampiran rumahnya di daerah Chirang, Assam, India semalam.

Menurut polis, pelajar terbabit yang berasal daripada keluarga miskin didapati menghadapi masalah apabila gagal mengikuti pembelajaran secara dalam talian dan peperiksaan yang telah dijalankan oleh pihak sekolahnya.

Institusi pendidikan di daerah itu ditutup sejak Mac berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) tetapi kelas dan peperiksaan tetap berjalan secara dalam talian oleh setiap sekolah kerajaan dan juga swasta.

"Daripada apa yang dapat kami kumpulkan selepas berbicara dengan jiran dan keluarga terdekatnya, pelajar itu dipercayai kecewa dengan situasi ini dan memutuskan untuk membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada sebatang pokok," kata polis.

Polis bagaimanapun, menafikan laporan yang mengatakan nota bunuh diri yang ditulis oleh remaja terbabit telah dijumpai.

Pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat remaja tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: