Suami bunuh isteri guna kapak selepas baca 'rahsia' dalam diari

Pelaku bertindak membunuh isterinya selepas mengetahui hubungan sulit mangsa. - Foto Agensi
Pelaku bertindak membunuh isterinya selepas mengetahui hubungan sulit mangsa. - Foto Agensi
A
A
A

LOS ANGELES - Seorang anggota bomba bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas membunuh isterinya dengan sebilah kapak.

Andrew Jimenez, 45, dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) melakukan pembunuhan itu selepas mengetahui tentang hubungan sulit pasangannya, Mayra, 55, daripada diari mangsa.

Jimanez dilaporkan meminta anggota Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) untuk memeriksa keadaan isterinya pada Khamis lalu.

"Mereka kemudiannya menemui mayat Mayra dan senjata yang digunakan. Pemeriksaan yang dilakukan juga menemui diari mangsa.

"Siasatan awal mendapati ia dibaca pelaku sebelum kejadian homisid berkenaan," lapor media tempatan.

Jimanez yang berdepan pertuduhan membunuh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 26 tahun jika disabit bersalah.

Dua yang menyertai Jabatan Bomba Glendale sejak 2008 kini diletakkan di bawah cuti pentadbiran. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang anggota bomba di Los Angeles bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas membunuh isterinya dengan kapak
  • Andrew Jimenez melakukan pembunuhan itu setelah mengetahui hubungan sulit isterinya dari diari mangsa
  • Jimenez meminta anggota Jabatan Polis Los Angeles untuk memeriksa keadaan isterinya
  • Mayat Mayra dan senjata yang digunakan ditemui bersama diari mangsa
  • Jimenez berdepan hukuman penjara sehingga 26 tahun jika disabit bersalah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!