Sentuhan sebelah tangan

Osman menggunakan kudrat yang ada untuk menghasilkan hulu dan sarung parang ditempah pelanggan.Hulu dan sarung parang yang dihasilkan Osman. Gambar kanan: Hulu dan sarung parang yang dihasilkan Osman.
Osman menggunakan kudrat yang ada untuk menghasilkan hulu dan sarung parang ditempah pelanggan.Hulu dan sarung parang yang dihasilkan Osman. Gambar kanan: Hulu dan sarung parang yang dihasilkan Osman.
A
A
A

WALAUPUN dilahirkan cacat di bahagian tangan dan kaki, namun Osman Selamat, 67, tidak pernah menyesali kekurangan dirinya.

Malah dia tidak mengharapkan belas ihsan daripada orang ramai untuk meneruskan kehidupan, sebaliknya sentiasa berusaha gigih mencari rezeki dengan membuat hulu dan sarung parang.

Dia yang masih bujang kini tinggal sendirian berhampiran kediaman adiknya di Kampung Teluk Menegun, di sini.

Katanya, usia dan keadaan diri yang serba cacat tidak menghalang dirinya meneruskan hidup dan membuat kerja seperti manusia yang sempurna.

“Sudah lebih 20 tahun pakcik sara kehidupan dengan membuat hulu dan sarung parang.

“Upah untuk sebuah sarung kira-kira RM80-RM90, memang tak lumayan tapi dapatlah menampung kehidupan seharian,” katanya.

Osman yang cacat tangan dan kaki kanan membuat kerja-kerja pertukangan itu menggunakan kudrat yang ada.

“Memang saya akui, sukar untuk bertukang dengan keadaan seperti ini kerana menggunakan peralatan terhad, tetapi kerana niat mencari rezeki halal, saya tidak menjadikan kecacatan sebagai alasan.

Artikel Berkaitan:

“Disebabkan itu, pakcik ambil masa lima hingga seminggu untuk siapkan satu-satu tempahan. Pelanggan pun faham keadaan pakcik,” katanya.

Menurut warga emas itu, dia bernasib baik kerana mempunyai rakan-rakan yang banyak membantunya.

“Biasa pakcik guna kayu terpakai untuk buat sarung, maklumlah kalau nak pakai kayu baru memang mahal, saya pun tak ada modal.

“Jadi pakcik akan kutip kayu terpakai yang masih elok untuk buat sarung. Ada juga rakan-rakan tolong carikan kayu dan hantar ke rumah, mereka banyak bantu pakcik.

“Memang banyak saingan tapi pakcik ada pelanggan tetap. Pakcik percaya kalau ada rezeki tak ke mana,” katanya.