Lelaki kudung jalan kaki dari Bidor selamat tiba di Makkah

@JalilRazak menerusi video di TikTok bersama Herry Nizam Saleh di kawasan Kaabah. Herry Nizam sebelum ini mengemas kini misi perjalanannya dari Bidor ke Makkah menerusi akaun TikTok.
@JalilRazak menerusi video di TikTok bersama Herry Nizam Saleh di kawasan Kaabah. Herry Nizam sebelum ini mengemas kini misi perjalanannya dari Bidor ke Makkah menerusi akaun TikTok.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki, Herry Nizam Saleh, 42, yang kudung tangan kiri dan melakukan perjalanan dengan berjalan kaki dari Bidor, Perak ke Makkah telah selamat berada di Tanah Suci itu.

Menurutnya, di tengah perjalanan terdapat individu yang membelikannya tiket penerbangan ke Jeddah.

Menerusi video di akaun TikToknya, @herrynizam menjelaskan, niat untuk berjalan kaki dipermudahkan apabila terdapat individu yang membelikan tiket penerbangan ke Jeddah sewaktu dia berada di Dubai.

“Assalammualaikum semua, saya sekarang ini dekat Dubai dan ya niat untuk jalan kaki tapi orang ‘sponsor’ (taja) tiket sampai ke Jeddah. Jadi saya kena terima, ini semuanya datang dari ALLAH bukan kehendak saya,” ujarnya di aplikasi TikTok.

Perkongsian video TikTok @herrynizam berhubung perjalanan ke Mekah.
Perkongsian video TikTok @herrynizam berhubung perjalanan ke Mekah.

Pada 29 April lalu, kisah Herry Nizam mula mendapat perhatian warganet yang turut memberi sokongan terhadap misi perjalanannya ke Tanah Suci itu.

Menerusi video yang dimuat naik, lelaki yang kudung tangan kiri itu memulakan perjalanan dengan menggalas sebuah beg bersama sehelai Jalur Gemilang dan dia memaklumkan akan merentas 12 negara bermula dengan Thailand ke Arab Saudi.

Dalam pada itu, pemilik akaun TikTok @JalilRazak, yang juga salah seorang jemaah dari Malaysia dan kini sedang melakukan ibadah umrah memaklumkan telah bertemu Herrynizam berhampiran kawasan Kaabah.

“Untuk pengetahuan, abang yang jalan kaki dari Malaysia ke Makkah dah sampai dah.

“Video ini aku ambil betul-betul depan Kaabah dan harap percayakan aku. Insya-ALLAH aku jaga abang ini sebaik mungkin,” katanya.