Lencongan laluan di JSAHMS untuk kerja penyelenggaraan

Laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bakal ditutup melibatkan laluan di KM16.0 hingga KM18.0 di kedua-dua arah selama dua hari.
Laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bakal ditutup melibatkan laluan di KM16.0 hingga KM18.0 di kedua-dua arah selama dua hari.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) atau Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup melibatkan laluan di Kilometer (KM) 16.0 hingga KM18.0 di kedua-dua arah selama dua hari.

Melalui satu kenyataan media, kedua-dua laluan itu akan ditutup pada 23 dan 24 Jun bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Bagi 23 Jun, penutupan melibatkan Ialuan arah Barat (Ialuan dari Batu Kawan ke Batu Maung) manakala arah Timur melibatkan laluan dari Batu Maung ke Batu Kawan ditutup pada 24 Jun.

"Penutupan tersebut dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

"Oleh itu, laluan kontra (contra lane) akan diaktifkan sehingga kerja-kerja penyelenggaraan selesai bagi melancarkan aliran trafik," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: