X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada jangkitan dikesan melalui sumber makanan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Hasil kajian yang dijalankan ke atas makanan laut dan daging di sebuah pasar di Beijing tidak menemui bukti bahawa jangkitan koronavirus (Covid-19) dikesan melalui sumber makanan tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebaliknya berkata, berdasarkan kesimpulan daripada kajian yang dilakukan oleh pihak kesihatan negara tersebut mendapati ia berkaitan dengan kebersihan.

"Setakat ini tidak ada bukti yang mengatakan jangkitan daripada ikan atau pun daripada haiwan tetapi pada kesimpulan mereka laksanakan pada peringkat awal ialah mungkin ada kaitan dengan kebersihan.

"Jadi apa yang penting kita kena pastikan kita mengambil langkah pencegahan dan juga menjaga kebersihan semasa berniaga di pasar dan sebagainya.

"Walau bagaimanapun, kajian tetap akan dijalankan untuk haiwan dan juga ikan tersebut," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendapat keputusan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar berhubung kajian sama ada jangkitan Covid-19 terdapat pada haiwan.

Ia susulan terdapat laporan bahawa lebih 100 kes Covid-19 di Beijing didakwa berasal daripada makanan laut dan daging yang dijual di pasar negara tersebut.

Menurut laporan tersebut juga, jangkitan itu disyaki berpunca daripada suhu rendah dan kelembapan yang tinggi di pasar terbabit.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!