X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri Penyatuan Korea Selatan letak jawatan

Menteri Penyatuan Korea Selatan, Kim Yeon-chul meletak jawatan hari ini susulan ketegangan semakin memuncak di Semenanjung Korea. Foto: Agensi
A
A

SEOUL - Menteri Penyatuan Korea Selatan meletak jawatan hari ini susulan ketegangan semakin memuncak di Semenanjung Korea yang menyaksikan Korea Utara meletupkan pejabat perhubungannya di Zon bebas Tentera (DMZ).

Presiden Moon Jae-in menerima peletakan jawatan Kim Yeon-chul dan memberi amaran bahawa Seoul tidak akan berkompromi dengan Pyongyang selepas tindakan tidak masuk akal jirannya pada Selasa lalu.

Yeon-chul sebelum ini menawarkan diri untuk meletak jawatan sehari selepas Korea Utara meletupkan pejabat perhubungannya di zon perindustrian Kaesong yang terletak dalam wilayah utara dan berkata beliau bertanggungjawab kerana memburukkan lagi hubungan antara dua negara.

Ia berlaku selepas Pyongyang dengan lantang mengecam Seoul berhubung risalah anti-Pyongyang yang dihantar ke negara itu oleh pelarian dari Korea Utara yang berlindung di Korea Selatan.

Kegiatan di pejabat itu sudah digantung selama berbulan-bulan kerana pandemik koronavirus (Covid-19).

Sejak awal Jun, Korea Utara telah mengeluarkan siri kecaman terhadap Korea Selatan berhubung risalah anti-Pyongyang, biasanya disambung pada belon atau diapungkan dalam botol.

Risalah itu mengkritik pemimpin Korea Utara Kim Jong-un kerana pencabulan hak asasi manusia dan cita-cita nuklearnya.

Minggu lalu, adik perempuan Jong-un mengancam tindakan ketenteraan terhadap Korea Selatan.

Kim Yo-jong yang juga pembantu abangnya melabel Korea Selatan sebagai musuh dan memberi amaran beliau akan membiarkan tentera memutuskan untuk membalas dendam ke atas pembelot dari Korea Utara yang mencetuskan propaganda. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!