Penulis, pengkritik sastera bidas tulisan Faisal Tehrani

Faisal Tehrani dan Ramlee Wahab
Faisal Tehrani dan Ramlee Wahab
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penulis dan pengkritik sastera, Ramlee Wahab membidas tulisan sasterawan terkemuka, Faisal Tehrani yang berkomentar mengenai isu ‘Abah’, gelaran yang diberikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain merendahkan taraf politik keluarga Melayu menerusi kolumnya dalam sebuah portal berita tempatan baru-baru ini.

Ramlee dalam satu kenyataan melalui laman sosial Facebooknya hari ini turut menyifatkan Faisal bukan seorang penulis hebat atau dianggap berpengaruh, sebaliknya 'terpengaruh'.

"Jika setakat menulis artikel sastera dicampur rempah-ratus politik itu bukan seorang penulis hebat dan boleh dianggap berpengaruh tetapi sebaliknya 'terpengaruh'.

"Terpengaruh mahu berpengaruh dan popular. Setepatnya dengan menulis sesuatu isu sememangnya 'muluk dan bersifat kekeluargaan turun-temurun bangsa Melayu' yang menggunakan istilah lazim dan berpangkat itu tandanya hormat, kasih-sayang dan kemesraan yang tinggi khusus untuk orang Johor, bangsa Johor (abah, Pak Long, Pak Ngah dan lain-lain) dan penuh lambang kecintaan dan kasih-sayang luhur," katanya.

Ramlee percaya, majoriti rakyat Malaysia cukup rapat dan mesra berkeluarga suka pada istilah manja dan memanjakan diri dalam ruang keluarga bahagia dan harmoni dan turut mempersoalkan sama ada Faisal Tehrani tidak merasakan keadaan sedemikian dalam berkeluarga.

"Adakah Faisal tidak menggunakan istilah ini sebaliknya menggunakan istilah kebaratan atau kearaban atau apa? Atau tidak panggil apa-apa kepada ahli keluarga melainkan istilah 'biasa-biasa' seharian, boleh tahu apa Faisal panggil isteri, anak-anak dan adik-beradik sedarah-sedaging di kampung?" soalnya.

Menurutnya, Faisal juga dikatakan mengarang sebuah buku 'Surat-Surat Perempuan Johor' dan tidak mungkin individu tersebut tidak memahami susur-galur adat-resam turun-temurun orang Johor.

Sebelum ini, Faisal yang kini merupakan Felo Bersekutu Weatherhead Center for International Affairs di Universiti Harvard, Amerika Syarikat itu menulis sebuah artikel bertajuk ‘Mahu Negarawan, Bukan Abah’ menerusi satu portal berita tempatan.

Artikel Berkaitan:

Menerusi artikel itu, Faisal menggunakan analogi abah, Pak Long, Pak Su, Pak Ngah dan sekalian hierarki keluarga Melayu untuk menggambarkan seseorang itu ada penyakit diri sekiranya urusan pentadbiran negara diturunkan tarafnya serendah sebuah keluarga Melayu