Budak 2 tahun terperangkap dalam kereta

Anggota bomba menggunakan peralatan khas membuka pintu kereta bagi menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang terperangkap di Bandar Sri Impian Kluang hari ini.
Anggota bomba menggunakan peralatan khas membuka pintu kereta bagi menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang terperangkap di Bandar Sri Impian Kluang hari ini.
A
A
A

KLUANG - Seorang kanak-kanak perempuan diselamatkan bomba selepas terperangkap dalam kereta dalam kejadian di Bandar Sri Impian di sini hari ini.

Difahamkan, kanak- kanak berusia dua tahun itu terperangkap dalam kereta ketika ibunya keluar membeli barang.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II, Azmi Mohd Bani berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera FRT dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.04 petang.

"Dalam kejadian tersebut, ibu mangsa telah keluar ke kedai berhampiran untuk membeli barangan keperluan dengan meninggalkan mangsa di dalam kereta dalam keadaan enjin kereta dimatikan.

"Sebaik tiba semula ke kereta, didapati kereta tersebut terkunci dan dipercayai dikunci oleh mangsa. Pihak bomba dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dalam tempoh tiga minit.

"Mangsa dimaklumkan telah terperangkap hampir 10 minit.

"Operasi ditamatkan lebih kurang jam 3.20 petang dan mangsa dalam keadaan selamat telah diserahkan kepada keluarganya," katanya.

Artikel Berkaitan: