Budak enam tahun pandu kereta sebelum terbabas di Langkawi

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu kereta tersebut mengalami kecederaan di dagu.
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu kereta tersebut mengalami kecederaan di dagu.
A
A
A

LANGKAWI - Seorang budak lelaki berusia enam tahun mengejutkan orang ramai apabila memandu sebuah kereta lebih kurang 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis terima satu panggilan telefon daripada orang awam berlaku satu kemalangan jalan raya di kawasan tersebut pada jam 11.15 malam.

Menurutnya, pemandu tersebut mengalami kecederaan di dagu bersama seorang penumpang yang merupakan adik lelakinya yang berumur tiga tahun.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan serta terbabas masuk ke tepi jalan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.