X

Kindly register in order to view this article
!

KPDNHEP serah notis kepada pengusaha gunting rambut

Ain Arjuna semasa mengadakan lawatan ke salah sebuah kedai gunting rambut di sini hari ini.
A
A

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan menyerahkan 12 notis pengesahan maklumat barangan dan perkhidmatan kepada pengusaha kedai gunting rambut dalam Op Catut 7.0 (Dandanan dan Guting Rambut) hari ini.

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, serahan termasuk notis bertulis tersebut melibatkan tiga kedai gunting rambut di Seremban, Port Dickson (lima) dan Kuala Pilah (empat).

Menurutnya, serahan itu penting bagi memastikan tiada kenaikan caj bagi perkhidmatan pemotongan dan dandanan oleh pengusaha kedai gunting rambut.

"Tempoh maklum balas notis yang diberikan kepada peniaga adalah tiga hari bekerja sahaja untuk notis pengesahan maklumat barangan manakala lima hari bagi notis bertulis berserta dengan invois jualan dan belian lengkap termasuk perincian dokumen bagi sebarang kenaikan kos bahan.

Ain Arjuna semasa mengadakan lawatan ke salah sebuah kedai gunting rambut di sini hari ini.
Ain Arjuna semasa mengadakan lawatan ke salah sebuah kedai gunting rambut di sini hari ini.

"Jika maklum balas notis pengesahan maklumat didapati berlaku kenaikan caj perkhidmatan, notis amaran akan dikemukakan kepada peniaga untuk mengambil tindakan penyelarasan caj serta merta dalam tempoh tidak melebihi tarikh maklum balas notis bertulis dikeluarkan.

"Sekiranya hasil analisa pencatutan pula mendapati berlakunya pencatutan, maka peniaga akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011," katanya selepas mengadakan lawatan di C-Cut Management Sdn Bhd di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ain Arjuna mengingatkan peniaga supaya mematuhi arahan dikeluarkan dan mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan.

Menurutnya, pengguna juga mesti mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka sewajarnya supaya tidak tertipu dengan manipulasi harga yang dikenakan pengusaha.

"Kerjasama daripada pengguna untuk melaporkan kepada pihak kementerian jika ada berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah di premis gunting rambut yang dikunjungi amat dialu-alukan," katanya.

Katanya, sebarang aduan boleh dibuat melalui portal [email protected] atau hubungi 03-88826245 atau Whatsapp di talian 019-2794317.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!