MP Sabak Bernam gesa tangani isu lalat

Mohd Fasiah memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
Mohd Fasiah memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Pihak berwajib diminta menangani segera masalah lalat di tiga kampung berhampiran dalam kawasan Parlimen Sabak Bernam.

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata, masalah itu didakwa berpunca daripada perusahaan ternakan ayam yang berada berhampiran kampung terbabit.

Menurutnya, kampung terjejas ialah Sapintas, Bagan Nira dan Bagan Tunjang.

"Penduduk sudah penat buat aduan kepada pemilik kandang ayam.

"Setiap musim ayam keluar, maka lalat memenuhi kampung," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau hari ini.

Artikel Berkaitan: