Penghuni di lokasi PKP secara pentadbiran tinggalkan rumah

Wakil Umno cawangan Sepang dan Kuala Langat menyampaikan sumbangan kepada petugas keselamatan yang diterima oleh Azizan.
Wakil Umno cawangan Sepang dan Kuala Langat menyampaikan sumbangan kepada petugas keselamatan yang diterima oleh Azizan.
A
A
A

KUALA LANGAT - Sebanyak 205 rumah di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang, di sini ditinggalkan penghuni selepas kawasan terbabit menjadi lokasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pentadbiran, 2 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, perkara itu dikesan susulan Op Pintu yang dilaksanakan petugas keselamatan.

"Dianggarkan keseluruhan yang meninggalkan rumah berjumlah kira-kira 820 penghuni.

"Kita percaya penghuni rumah terbabit meninggalkan kediaman mereka seawal 29 Mei selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan seramai 20 warga Bangladesh yang tinggal di kawasan itu didapati positif Covid-19," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Azizan Tukiman
Azizan Tukiman

Azizan berkata, polis akan berusaha mengesan kesemua penghuni terbabit untuk melakukan ujian saringan selepas mereka pulang.

Katanya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kesemua penghuni itu akan pulang selepas PKP secara pentadbiran itu tamat.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan enam individu berhampiran kawasan PKP secara pentadbiran itu yang sebelum ini didakwa positif Covid-19 disahkan negatif Jumaat lalu," katanya.

Artikel Berkaitan: