Ada warga asing cuba loloskan diri PKP Pentadiran

Beg berisi pakaian dipercayai milik warga asing yang cuba meloloskan diri dari lokasi PKP secara pentadbiran di Bukit Changgang, Kuala Langat, Rabu lalu.
Beg berisi pakaian dipercayai milik warga asing yang cuba meloloskan diri dari lokasi PKP secara pentadbiran di Bukit Changgang, Kuala Langat, Rabu lalu.
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis mengesan terdapat segelintir warga asing dipercayai cuba meloloskan diri keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kira-kira jam 8.30 malam, polis menemui beg berisi pakaian di lokasi tersebut, bagaimanapun pihaknya percaya cubaan mereka gagal apabila tiada kesan putus pada kawat duri di lokasi berkenaan.

"Menyedari kawat duri itu sukar untuk diputuskan selain kawalan ketat petugas keselamatan, kita percaya individu tersebut membatalkan niat mereka untuk melarikan diri melalui kawasan semak," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Taman Langit Murni, Kuala Langat dikenakan PKP Pentadbiran

PKP Pentadbiran: Kanak-kanak 2 tahun antara positif Covid-19

Azizan berkata, susulan insiden itu pihaknya mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi memastikan kawalan ketat di kawasan tersebut.

Azizan
Azizan

Katanya, selain itu, sebanyak lima tambahan pos kawalan ditambah menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 15 pos.

"Ia membabitkan jumlah kekuatan keseluruhan mencecah seramai 700 orang membabitkan polis, tentera, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta beberapa agensi berkaitan," katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga telah melaksanakan Ops Pintu bagi mendapatkan jumlah penghuni sebenar selain memastikan semua penduduk keluar bagi melakukan ujian saringan.

Artikel Berkaitan:

Setakat semalam, seramai 4,570 individu telah disaring.