Pasar Bisik sepi

Pasar bisik lengang selepas diarahkan tutup.
Pasar bisik lengang selepas diarahkan tutup.
A
A
A

KEPALA BATAS - Pasar Bisik Kuala Muda yang selama ini meriah dengan aktiviti pendaratan dan jualan ikan lengang berikutan arahan penutupan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

Walaupun semalam terdapat kumpulan nelayan yang melakukan protes terhadap tindakan penguat kuasa menyita pasar terbabit namun mereka dilihat akur dengan mengosongkan pasar berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian hari ini mendapati pasar yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan ikan segar dan murah itu kosong namun aktiviti penjualan ikan dilihat dilakukan di tepi pesisir pantai dalam keadaan terkawal.

Turut kelihatan pasukan polis yang membuat pemantauan bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku di pasar bisik terbabit.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Ingkar SOP, Pasar Bisik Kuala Muda ditutup

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemantauan dari masa ke masa akan dilakukan orang awam patuh kepada SOP yang ditetapkan.

“Kita didapati hari ini semua arahan diberikan dipatuhi dan aktiviti penjualan ikan di persisir pantai juga berada dalam keadaan terkawal.

“Polis percaya pihak nelayan kini sedang merancang dan merangka strategi yang sesuai dalam memastikan pasar bisik ini mengikut SOP yang dikehendaki," katanya ketika melakukan tinjauan di sini, hari ini

Artikel Berkaitan: