Armada gesa siasatan ke atas Guan Eng

Haszrilhafizi (empat dari kiri) hadir ke IPD Subang Jaya, hari ini untuk membuat laporan susulan laporan berita sebuah portal yang mengaitkan Guan Eng dan Tommy Thomas.
Haszrilhafizi (empat dari kiri) hadir ke IPD Subang Jaya, hari ini untuk membuat laporan susulan laporan berita sebuah portal yang mengaitkan Guan Eng dan Tommy Thomas.
A
A
A

SUBANG JAYA - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan polis susulan laporan sebuah portal yang mengaitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ketua Armada Subang Jaya merangkap Exco Armada Selangor, Haszrilhafizi Mohayan berkata, portal terbabit mendakwa Guan Eng pernah meminta Tommy membatalkan arahan pembekuan melibatkan beberapa akaun bank milik seorang 'bos hartanah' yang sedang disiasat berhubung transaksi kira-kira RM4 juta dana berkait 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, laporan itu dibuat kerana mahu kebenaran jika benar ada penyalahgunaan kuasa di antara Guan Eng dan juga Tommy Thomas.

"Diharap pihak berwajib dapat menjalankan siasatan laporan polis ini.

"Kami mahu tahu adakah beliau (Guan Eng) jujur dan telus semasa menjawat jawatan menteri," katanya kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya hari ini.

Turut hadir bersama Armada ialah Pemuda UMNO, MIC, MCA dan Pas.

Selain itu, Haszrilhafizi turut mengesahkan wakil Armada Wilayah dan Armada Selangor membuat laporan berhubung isu terbabit di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Artikel Berkaitan: