Tak serik lagi depa ni...

Seramai 14 lelaki tidak serik apabila sekali lagi ditahan dan dikompaun kerana berkumpul dalam sebuah bangsal di Kampung Bagan Jermal di sini sambil menikmati air ketum petang semalam.
Seramai 14 lelaki tidak serik apabila sekali lagi ditahan dan dikompaun kerana berkumpul dalam sebuah bangsal di Kampung Bagan Jermal di sini sambil menikmati air ketum petang semalam.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seramai 14 lelaki tidak serik apabila sekali lagi ditahan dan dikompaun kerana berkumpul dalam sebuah bangsal di Kampung Bagan Jermal di sini sambil menikmati air ketum petang semalam.

Dua minggu lalu, mereka telah ditahan atas kesalahan yang sama di tempat yang sama.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan dibuat jam 6.45 petang oleh anggota Balai Polis Butterworth dalam Ops Pemantauan Covid-19 bagi memantau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan berkenaan.

Menurutnya, semakan dilakukan mendapati kesemua telah dikompaun RM1,000 sebelum ini selepas dikesan tidak mematuhi SOP PKPB dan belum lagi menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Semalam, mereka dikompaun lagi sekali sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Seramai 14 lelaki tidak serik apabila sekali lagi ditahan dan dikompaun kerana berkumpul dalam sebuah bangsal di Kampung Bagan Jermal di sini sambil menikmati air ketum petang semalam.
Seramai 14 lelaki tidak serik apabila sekali lagi ditahan dan dikompaun kerana berkumpul dalam sebuah bangsal di Kampung Bagan Jermal di sini sambil menikmati air ketum petang semalam.

"Sembilan daripada mereka yang ditahan mengakui mengambil air ketum dan tujuh orang lagi hanya sekadar melepak di bangsal berkenaan.

"Kesemua yang ditahan berusia di antara 17 hingga 42 tahun termasuk seorang penjawat awan, pelajar sekolah dan pekerja kilang dan pengawal keselamatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Noorzainy berkata, pemeriksaan lanjut yang dilakukan di dalam bangsal itu menemui tiga bungkus air ketum yang dimiliki salah seorang daripada mereka.

Katanya, kesemua didapati melanggar Peraturan 7(1) di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.