Tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang direman rasuah RM500,000

Salah seorang suspek diiringi pegawai SPRM setelah mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Salah seorang suspek diiringi pegawai SPRM setelah mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Tiga Pegawai Undang-Undang Pulau Pinang direman sehingga enam hari selepas disyaki meminta suapan sebanyak RM500,000 daripada orang awam.

Tertuduh pertama yang berusia 42 tahun direman enam hari manakala dua lagi masing-masing berusia 29 dan 52 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman terbabit dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek tiba di Mahkamah Majistret Alor Setar kira-kira jam 10.40 pagi diiringi Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.

Salah seorang suspek diiringi pegawai SPRM setelah mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Salah seorang suspek diiringi pegawai SPRM setelah mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, berkata, suspek pertama ditahan di sebuah hotel di Pulau Pinang pada jam 12.15 ‪tengah hari manakala dua lagi suspek ditahan di pejabat SPRM Kedah pada jam 10.15 dan 10.38 malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta rasuah sebanyak RM500,000 dan sudah menerima RM100,000 daripada seorang individu sebagai balasan bagi memastikan kes komersial yang dilaporkan oleh orang awam tersebut tidak dituduh di mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Salah seorang suspek diiringi pegawai SPRM setelah mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Salah seorang suspek diiringi pegawai SPRM setelah mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tambahnya, pihak SPRM sudah melakukan pemeriksaan di pejabat serta rumah kesemua suspek dan menyita sejumlah wang tunai yang ditemui.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut jumlah yang lebih tinggi.