X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19 ragut 623 nyawa lagi di Brazil

Petuga memakai pakaian pelindung menguburkan mangsa Covid-19 di tanah perkuburan Sao Franciso Xavier di Rio de Janeiro, Brazil. - Foto AFP
A
A

SAO PAULO - Brazil mencatatkan sebanyak 623 kematian koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah keseluruhan korban terus meningkat kepada 29,937, lapor agensi berita Xinhua, memetik kementerian kesihatan pada Isnin.

Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 12,247 jangkitan baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 526,447 manakala 211,080 pesakit sembuh.

Sao Paulo, negeri terbesar di Brazil, merupakan pusat penularan wabak menyaksikan 7,667 orang terkorban dan 111,296 kes disahkan, mendorong pihak berkuasa melanjutkan sekatan pergerakan sehingga 15 Jun.

Negeri kedua paling teruk terjejas ialah Rio de Janeiro, sebanyak 54,530 kes dilaporkan dengan 5,462 kematian.-Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus