X

Kindly register in order to view this article
!

Polis KL tahan 455 pemandu mabuk sejak Januari

Mazlan (kanan) melihat motosikal yang ditahan dalam Op Bersepadu di Jalan Raja Laut di sini malam tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 455 individu ditahan kerana memandu dan menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol di ibu kota sejak Januari lalu hingga Mei.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, daripada jumlah tangkapan itu, ada satu kes melibatkan kematian kepada pengguna jalan raya lain.

“Kita memandang serius perkara yang membabitkan isu keselamatan pengguna jalan raya. Kita juga telah mengambil tindakan ke atas 979 orang yang memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Op Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguakuasaan Trafik Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut di sini malam tadi.

Operasi yang bermula jam 9 malam itu memfokuskan tindakan penguatkuasaan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mengutamakan ciri ciri keselamatan ketika pemanduan.

“Sebanyak 138 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, manakala seramai lapan individu ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya akan mempertingkatkan lagi tahap kekerapan operasi bagi mengesan pemandu mabuk.

“Saya juga mahu mencadangkan hukuman lebih keras dikenakan kes atas pemandu mabuk berbanding denda RM1,000 hingga RM2,000 ketika ini yang seolah tidak memberi impak kepada orang ramai,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus