Kes pijak al-Quran: Gesa tindakan tegas, jaga reputasi IPTA - Mohd Najwan

Mohd Najwan
Mohd Najwan
A
A
A

SHAH ALAM – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) digesa mengambil tindakan tegas terhadap seorang individu yang didakwa memuat naik imej memijak kitab suci al-Quran di media sosial demi menjaga reputasi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, tindakan individu itu di platform Threads itu amat biadab dan menghina agama Islam.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang memuat naik imej memijak kitab suci al-Quran di platform media sosial Threads," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Najwan menjelaskan, tindakan individu itu merupakan perbuatan amat biadab, menghina agama Islam dan mengganggu sensitiviti serta keharmonian masyarakat di negara ini.

Mohd Najwan turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit supaya menjadi iktibar kepada masyarakat agar menghormati agama dan kepercayaan masyarakat lain.

Ujar beliau, sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam tidak wajar dipandang ringan.

"Tindakan menghina kesucian agama Islam atau mana-mana agama sewajarnya dikenakan hukuman tegas tanpa kompromi,” jelasnya.

"Keharmonian dan perpaduan di antara kaum adalah keutamaan dan wajib dipertahankan oleh semua pihak," tegas beliau.

Pada Selasa, tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Turut tular gambar lelaki terbabit dan tangkap layar komen menghina Nabi Muhammad SAW.

Susulan itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan seorang pelajar UMPSA ditahan polis untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam.

Ringkasan AI

  • Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah digesa mengambil tindakan terhadap individu yang memuat naik imej memijak al-Quran di media sosial
  • Tindakan individu itu dilihat sebagai perbuatan biadab dan menghina agama Islam
  • Mohd Najwan Halimi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut
  • Menghina agama dianggap kesalahan serius yang mengganggu keharmonian dan ketenteraman awam
  • Pelajar UMPSA ditahan polis untuk siasatan atas tuduhan menghina Islam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!