Dua beradik ingkar arahan polis ditahan

Kenderaan dipandu suspek telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam sungai sebelum salah seorang daripada tiga suspek berkenaan berjaya melarikan diri.
Kenderaan dipandu suspek telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam sungai sebelum salah seorang daripada tiga suspek berkenaan berjaya melarikan diri.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Dua beradik ditahan kerana ingkar arahan polis dan melarikan diri ketika diminta memberhentikan kenderaan dalam rondaan di Jalan Tanjung Minyak awal pagi tadi

Kedua-dua suspek berusia 25 dan 30 tahun yang berasal dari Selangor itu dihampiri kereta peronda polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kereta peronda polis mendekati kenderaan yang dinaiki tiga individu untuk membuat pemeriksaan tetapi pemandu bertindak memecut laju untuk mengelak daripada pemeriksaan.

Menurutnya, ketika kejar-mengejar suspek turut membaling alat pemadam api serta tiga unit bateri kenderaan ke arah kereta peronda polis bagi menghalang daripada terus dikejar.

Bagaimanapun katanya, kereta Proton Wira yang dipandu suspek hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke dalam sungai tetapi salah seorang daripada mereka berjaya melarikan diri.

"Dalam kejadian pagi tadi anggota polis dan seorang anggota Tentera Malaysia (ATM) sedang membuat rondaan sebelum terserempak dengan sebuah kenderaan yang mencurigakan.

"Suspek turut membaling alat pemadam api serta tiga unit bateri kenderaan ke arah kereta peronda polis bagi menghalang daripada terus dikejar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan terhadap dua beradik itu tidak menjumpai sebarang benda terlarang namun kenderaan yang digunakan itu telah dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu selain kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau dan merupakan individu dikehendaki polis.

Artikel Berkaitan:

"Suspek berkenaan juga positif dadah," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan (KK) kerana ingkar PKPB dan Peraturan 15(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan SEK 353 KK kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dengan menggunakan kekerasan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tangga Batu, Penolong Penguasa Bomba, Roslan Jalil berkata, pihaknya telah digerakkan ke lokasi kejadian selepas salah seorang daripada suspek yang cuba menyembunyikan diri dalam sungai berkenaan enggan naik ke darat.

"Selepas hampir dipujuk kira-kira 15 minit, suspek yang bersembunyi di sebalik rimbunan daun menyerah diri sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya.