X

Kindly register in order to view this article
!

Jenazah tiga beradik dikebumikan dalam satu liang lahad

Jenazah tiga beradik lemas selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 6 petang tadi.
A
A

MARANG - Jenazah tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu selamat dikebumikan kira-kira jam 6 petang tadi.

Jenazah Khalif Naim Mohd, 16, Khairil Firdaus Mohd, 17, dan Umar Iskandar Mohd, 21, disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Nering, Kampung Rawai, Marang dengan disaksikan kira-kira 50 ahli keluarga dan sahabat Allahyarham.

Suasana pilu menyelubungi sebaik sahaja jenazah tiga beradik itu diturunkan ke dalam liang lahad dengan ahli keluarganya tidak dapat menahan sebak.

Terdahulu, jenazah tiga beradik itu yang dibawa dari Hospital Hulu Terengganu menggunakan tiga van jenazah tiba di rumahnya di Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu kira-kira jam 4 petang dan disembahyangkan selepas Asar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik dikhuatiri lemas di muara sungai Kuala Telemong

Semalam Sinar Harian melaporkan tiga beradik berusia antara 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, ketiga-tiga remaja berkenaan, Khalif Naim, 16; Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar, 21, dipercayai mandi di lokasi berkenaan.

Mayat Umar Iskandar akhirnya ditemukan sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai, kira-kira empat meter dari tebing sungai pada jam 9.50 pagi tadi.

Mayat Khairil Firdaus Mohd, 17, ditemukan pasukan penyelamat tidak sampai dua jam selepas penemuan mayat pertama, Umar Iskandar Mohd, 21, pada jam 11.36 pagi.

Mayat pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang itu ditemukan kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang manakala mayat adiknya, Khalif Naim Mohd, 16, ditemukan hanya dalam tempoh sejam lebih selepas penemuan mayat kedua iaitu pada jam 12.43 tengah hari tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik lemas: Semua mayat sudah ditemui

Bapa pelik tiga beradik dikhuatiri lemas minta dipeluk

'Walau dah biasa, kali ini biarlah orang lain pandu van jenazah'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf