Seorang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail

Antara kereta terjejas terus dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail pada Selasa.
Antara kereta terjejas terus dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang maut sementara seorang lagi cedera dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada Selasa.

Pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.19 petang.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Kuala Lumpur, M Fatta M Amin berkata, insiden turut menyebabkan sebanyak 17 kenderaan dan landasan monorel terjejas.

Menurutnya, seramai dua mangsa yang terperangkap dalam insiden berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat.

Operasi menyelamat di lokasi kejadian. Foto: JBPM KL
Operasi menyelamat di lokasi kejadian. Foto: JBPM KL

"Mangsa pertama seorang lelaki berumur 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sementara mangsa kedua, lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan telah diserahkan pasukan perubatan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, fasiliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan turut mengalami kerosakan susulan kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, seramai 27 anggota dikejarkan ke lokasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, Titiwangsa, Jalan Tun Razak dan Sentul.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline Kejadian pokok tumbang berhampiran sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur menghempap beberapa kenderaan hingga mengakibatkan laluan kedua-dua hala ditutup sementara. Insiden kira-kira 3 petang hari ini mengakibatkan kesesakkan jalan raya. #SinarHarian#SinarTerkini#Pokok#Tumbang#hujanderas#KualaLumpur original sound - Sinar Harian