Tiga beradik dikhuatiri lemas di muara sungai Kuala Telemong

Usaha mencari mangsa di lokasi sedang dijalankan petang tadi. - Foto ihsan pembaca
Usaha mencari mangsa di lokasi sedang dijalankan petang tadi. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

HULU TERENGGANU - Tiga beradik berusia antara 15 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara sungai Kuala Telemong, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, ketiga-tiga remaja berkenaan, Khalif Naim Mohd, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar, 21, dipercayai mandi di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, menurut maklumat awal daripada empat saksi, mereka ada melihat ketiga-tiga mangsa sedang mandi di kawasan itu.

"Keempat-empat saksi yang ketika itu sedang memancing di tebing sungai Kampung Mesah iaitu terletak di seberang sungai kejadian memaklumkan ada ternampak mangsa mandi.

Ketiga-tiga beradik dikhuatiri lemas di muara sungai Kuala Telemong, Hulu Terengganu petang tadi. - Foto ihsan IPD Hulu Terengganu
Ketiga-tiga beradik dikhuatiri lemas di muara sungai Kuala Telemong, Hulu Terengganu petang tadi. - Foto ihsan IPD Hulu Terengganu

"Tidak lama kemudian, mereka memberitahu ada terdengar suara orang meminta tolong sebelum keempat-empat saksi ini bergegas ke lokasi dengan menaiki motosikal.

"Mereka tiba di lokasi 10 minit kemudian, tetapi mendapati ketiga-tiga mangsa sudah hilang sebelum menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan: