X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga beradik lemas: Semua mayat sudah ditemui

Anggota keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak selepas penemuan mayat seorang lagi mangsa lemas iaitu Khairil Firdaus Mohd, 17, yang ditemui di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong hari ini. - Foto Bernama
A
A

HULU TERENGGANU - Mayat kedua dan terakhir mangsa lemas tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, di sini sudah ditemui.

Mayat Khairil Firdaus Mohd, 17, ditemukan pasukan penyelamat tidak sampai dua jam selepas penemuan mayat pertama, Umar Iskandar Mohd, 21, pada jam 11.36 pagi.

Mayat pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang itu ditemukan kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang manakala mayat adiknya, Khalif Naim Mohd, 16, ditemukan hanya dalam tempoh sejam lebih selepas penemuan mayat kedua, iaitu pada jam 12.43 tengah hari tadi.

Mayat kedua, Khairil Firdaus dibawa ke daratan.
Mayat kedua, Khairil Firdaus dibawa ke daratan.

Kisah Khalif Naim yang juga pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuknya pada 10 Mac lalu menjadi perhatian dan tular di laman sosial selepas tragedi mereka diketahui umum sejak malam tadi.

Terdahulu, mayat abang mereka, Umar Iskandar ditemukan sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai, kira-kira empat meter dari tebing sungai, jam 9.50 pagi.

Kisah Khalif Naim yang berjaya menghafaz 30 juzuk menjadi tular di laman sosial sejak malam tadi. - Foto ihsan pembaca
Kisah Khalif Naim yang berjaya menghafaz 30 juzuk menjadi tular di laman sosial sejak malam tadi. - Foto ihsan pembaca

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, ketiga-tiga beradik tersebut, Khalif Naim Mohd, 16, Khairil Firdaus Mohd, 17, dan Umar Iskandar Mohd, 21, dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik dikhuatiri lemas di muara sungai Kuala Telemong

Bapa pelik tiga beradik dikhuatiri lemas minta dipeluk

Mayat pertama tiga beradik dikhuatiri lemas ditemukan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!