Dua pemandu mabuk ditahan

Salah seorang pengguna jalan raya sedang menjalani ujian saringan alkohol.
Salah seorang pengguna jalan raya sedang menjalani ujian saringan alkohol.
A
A
A

PETALING JAYA – Dua lelaki berusia 23 tahun dan 46 tahun itu ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Alkohol, Samseng Jalanan, Penguatkuasaan Lalu Lintas di Jalan PJS 8/2, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, melalui operasi selama sejam setengah bermula pada jam 2.30 petang itu seramai 45 pengguna jalan raya menjalani ujian saringan alkohol.

Katanya, operasi dilakukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Petaling Jaya.

“Kita juga telah mengeluarkan lima saman bagi kesalahan tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor tamat tempoh,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Dalam kes berasingan, Nik Ezanee memaklumkan polis menahan tiga lelaki secara berasingan dalam Op Dadu/Ekor Haram, semalam.

“Dua lelaki berusia 31 tahun dan 47 tahun di tahan pada jam 5.30 petang di sebuah premis di Pelangi Damansara dan polis merampas pelbagai jenis barang yang disyaki digunakan dalam kegiatan perjudian ekor haram,” katanya.

Beliau berkata, seorang lagi berusia 40 tahun ditahan pada jam 6.20 petang di bawah pokok di taman permainan sebuah apartmen di Damansara Damai.

“Lelaki berkenaan disyaki menjalankan aktiviti loteri awam haram. Kita turut merampas pelbagai jenis barangan yang disyaki digunakan untuk kegiatan perjudian haram,” katanya.

Artikel Berkaitan: