Kilang proses bahan plastik diarah henti operasi

Pita kuning ditampal di hadapan pintu masuk utama premis bagi tindakan arahan memberhentikan aktiviti secara serta-merta.
Pita kuning ditampal di hadapan pintu masuk utama premis bagi tindakan arahan memberhentikan aktiviti secara serta-merta.
A
A
A

KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan arahan menghentikan operasi serta-merta terhadap sebuah kilang menyimpan, memproses bahan plastik terpakai di Kampung Perepat, Kapar di sini.

MBDK dalam satu kenyataan berkata, menerusi pemeriksaan Jabatan Pelesenan, Penguatkuasaan Bangunan dan Perancang Bandar, premis berkenaan didapati melakukan kesalahan beroperasi tanpa lesen.

"Ketika tiba di lokasi, premis berkenaan didapati sedang beroperasi dengan menjalankan aktiviti seperti menyimpan, memproses bahan plastik terpakai.

Pemeriksaan dijalankan anggota Jabatan Pelesenan, Penguatkuasaan Bangunan dan Perancang Bandar.
Pemeriksaan dijalankan anggota Jabatan Pelesenan, Penguatkuasaan Bangunan dan Perancang Bandar.

"Siasatan mendapati premis beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah dari majlis bagi 2024.

"Satu notis dikeluarkan serta pita kuning ditampal di hadapan pintu masuk utama premis bagi tindakan arahan memberhentikan aktiviti secara serta-merta di atas kesalahan beroperasi tanpa lesen," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, notis tersebut dikeluarkan di bawah UUK 3, Undang Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPK) 2007.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: