Suami isteri maut motosikal dirempuh pacuan empat roda

Keadaan pacuan empat roda dan motosikal dinaiki mangsa selepas terlibat dalam kemalangan, pada pagi Selasa.
Keadaan pacuan empat roda dan motosikal dinaiki mangsa selepas terlibat dalam kemalangan, pada pagi Selasa.
A
A
A

MARANG - Pasangan suami isteri maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 13.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, dekat Bukit Payong, di sini pada Selasa.

Nahas tersebut menyebabkan mangsa, Che Roslan Abdul Manan, 58, dan Siti Aesah Abu Bakar, 67, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan manakala pemandu pacuan empat roda terbabit tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Razman Setapa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 11.30 pagi.

Menurutnya, dalam insiden itu, mangsa yang juga peniaga kuih menaiki motosikal jenis SYM sementara kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu lelaki berusia 24 tahun.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu pacuan empat roda dari arah Kuala Berang menghala ke arah Kuala Terengganu.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa keluar dari kiri ke kanan jalan secara tiba-tiba.

"Akibat jarak terlalu dekat, pemandu tidak sempat mengelak atau menghentikan kenderaan lalu terlanggar bahagian sisi kanan motosikal tersebut," katanya di sini, pada Selasa.

Mohd Razman berkata, mayat mangsa yang berasal dari dari Kampung Padang Leban, Bukit Payong, di sini dibawa ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Syafiq Amsyar Zaharuddin di talian 013-9195738 atau 09-6182222," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!